Oleh DR. MUHAMAD RAHIMI OSMAN
(PROF. MADYA DR. MUHAMAD RAHIMI OSMAN ialah
Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU),
UiTM, Shah Alam, Selangor.)
SETIAP manusia secara fitrahnya ingin menjaga maruah dan nama baiknya. Sebab itu manusia tidak suka perbuatan keji dan maksiat yang dilakukannya diketahui orang ramai.
Oleh itu, perbuatan keji dan maksiat biasanya dibuat secara sembunyi. Oleh kerana maruah diri adalah salah satu perkara yang menjadi keutamaan atau daruriyat, maka Islam mengharamkan zina dan semua bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan maruah diri.
Zina adalah satu perbuatan yang sangat keji dan hina dalam Islam. Ia dikategorikan sebagai dosa besar atau al-kaba’ir.
Larangan terhadap zina dalam Islam bukan setakat melakukan zina tetapi termasuk semua perbuatan yang boleh membawa kepada zina. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan. (al-Israk: 32)
Menurut Imam Al-Qurtubi, zina dikatakan seburuk-buruk jalan kerana ia perbuatan yang membawa pelakunya ke neraka jahanam.
Ini menunjukkan kejinya perbuatan zina dalam pandangan Islam. Oleh kerana kejinya perbuatan itu, maka Islam telah menetapkan hukuman yang amat berat kepada penzina. Firman Allah yang bermaksud:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(an-Nur: 2)
Ayat di atas merujuk kepada penzina lelaki atau perempuan yang belum berkahwin (ghayr muhson). Adapun, hukuman bagi penzina yang telah berkahwin (muhson) adalah rejam dengan batu seperti yang telah dijatuhkan oleh Rasulullah SAW ke atas Ma’iz al-Aslami dan wanita daripada kabilah al-Ghamidiyah.
Sekali imbas, hukuman ke atas penzina baik yang belum berkahwin atau telah berkahwin kelihatan keras dan berat. Hukuman ke atas penzina yang telah berkahwin misalnya adalah direjam sampai mati di khalayak ramai, seolah-olah penzina sama seperti pembunuh.
Hukuman ini dikritik oleh Barat dan tidak kurang juga orang Islam yang tidak faham dan tidak mengerti tujuan hukuman tersebut dijatuhkan.
Jika diteliti dengan penuh insaf akan kesan dan akibat jenayah zina kepada diri wanita, anak luar nikah yang dilahirkan dan masyarakat umum, memang ada kaitan rapat antara perzinaan dan pembunuhan.
Dengan lain perkataan penzina adalah pembunuh yang kejam. Jenayah zina adalah perbuatan membunuh keturunan. Ia menghilangkan garis keturunan dan mencampurkan hubungan darah (nasab).
Kebanyakan penzina akan membunuh dengan menggugurkan anak-anak luar nikah yang dikandung sebelum dilahirkan bagi menutup perbuatan keji yang mereka lakukan.
Jika anak-anak zina itu tidak berjaya dibunuh sejak dalam kandungan dan lahir, maka anak-anak itu akan ditanam hidup-hidup, ditinggalkan di atas tangga masjid, dicampak ke dalam tong sampah atau dibuang di tepi jalan yang kadang-kadang menjadi makanan anjing.
Jika anak-anak yang tidak bersalah itu masih juga terselamat daripada pembunuhan kejam itu dan hidup seperti manusia lain, pada hakikatnya perasaan dan maruah anak itu dibunuh secara tidak sedar.
Dia akan terseksa sepanjang hayat apabila mengetahui dia sebenarnya adalah anak zina. Pihak kerajaan atau persendirian pula perlu menyediakan pusat-pusat pemulihan bagi menjaga anak-anak yang terbuang ini. Itulah akibat dan kesan perbuatan zina.
Dengan itu, wajarlah hukuman berat yang setimpal dengan pembunuhan dikenakan ke atas penzina.
Sabitan perlakuan zina
ZINA boleh disabitkan dengan pengakuan atau ikrar si penzina sendiri atau dengan keterangan empat orang saksi yang adil yang melihat perbuatan zina tersebut dengan mata dan kepala mereka tanpa keraguan.
Menurut catatan sejarah Islam, sabitan kes zina yang dijatuhkan hukuman rejam di zaman Rasulullah SAW adalah melalui pengakuan penzina sendiri.
Adalah amat sukar kesalahan zina boleh disabitkan melalui keterangan empat orang yang menyaksikan sendiri perbuatan zina itu dan bukannya melalui rakaman video atau cakera padat (CD) melalui kamera rahsia.
Rakaman video atau CD tidak boleh dijadikan keterangan atau bukti dalam tuduhan zina. Ini kerana ia tidak dapat membuktikan keaslian pelakunya.
Sebagaimana beratnya kesalahan zina yang merosakkan maruah si pelaku, maka melemparkan tuduhan zina ke atas seseorang tanpa bukti kukuh dan nyata juga satu perbuatan yang keji dan hina.
Ia akan mengakibatkan keaiban dan merosakkan nama baik dan maruah tertuduh dan keluarganya. Oleh itu, demi menjaga nama baik seseorang daripada dicemari oleh tuduhan liar atau fitnah, maka Islam mengharamkan perbuatan melemparkan tuduhan zina (qazaf) ke atas seseorang.
Jika pihak menuduh zina gagal membawa empat saksi yang adil, maka dia melakukan kesalahan qazaf iaitu membuat tuduhan zina atau fitnah jahat ke atas seseorang yang baik.
Hukuman yang berat juga akan dikenakan ke atas pihak yang melakukan kesalahan qazaf iaitu sebatan sebanyak 80 kali. (rujuk ayat 4 surah an-Nur)
Larangan menyebarkan perbuatan maksiat adalah sebagai benteng menutup pintu kerosakan (sadd zarai’) yang disebabkan oleh perlakuan maksiat dan kemungkaran tersebut. Sebabnya, jika maklumat maksiat dan kemungkaran itu diperdengarkan atau dipertontonkan, maka jiwa yang lemah imannya akan terpanggil untuk mencuba dan melakukannya.
Oleh itu penyebaran maklumat maksiat sama ada melalui media cetak atau media elektronik tetap dilarang.
Sebabnya, dalam tindakan menyebarkan perkara maksiat dan mungkar itu, terkandung di dalamnya secara tidak langsung makna seruan ke arah melakukan perbuatan tersebut.
Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersebar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui (an-Nur: 19).
(Dipetik dari ruangan FIKRAH CITU - Sisipan MEGA, akhbar UTUSAN MALAYSIA
bertarikh 7 April, 2011 - Khamis)
Coretan lain. Sila layari 'manhassan.blogspot.com'
manhassan
Ahad, 20 November 2011
ISLAM AGAMA YANG DAMAI
Oleh NURUL IZZAH SIDEK
ISLAM bermaksud selamat atau sejahtera.
Ia juga membawa konotasi akan penyerahan diri kepada Allah, tunduk dan patuh kepada syariat yang ditentukannya. Oleh itu, pada prinsipnya agama Islam bukan agama kekerasan, ia adalah agama yang menganjurkan perdamaian dan keamanan.
Namun ada orang Islam sendiri yang mencalarkan sifat agama Islam dan imej kaum Muslimin itu sendiri dengan menganggap bahawa kekerasan adalah penyelesaian terbaik bagi menentang bentuk penjajahan daripada Barat.
Jihad yang diperlihatkan dalam bentuk keganasan bom dan senjata menjadi salah satu masalah genting yang kini semakin menjadi-jadi, seolah-olah umat Islam tidak mempunyai alternatif untuk mengatasinya.
Fobia terhadap Islam
Faktor sosio-politik-ekonomi dan budaya bagi sesetengah umat yang terhimpit menyebabkan tercetusnya kebangkitan sebegini. Kes Palestin, Iraq, Afghanistan, Iran dan Sudan bukanlah kes-kes terpencil. Kes-kes tersebut wujud daripada dendam tersembunyi salibiyah oleh kuasa-kuasa sekular.
Meskipun rejim Barat mengaitkan Islam sebagai suatu fobia (Islamophobia), namun tidak semua orang Barat berpandangan demikian. Agama Islam semakin menjadi agama yang subur di Eropah.
Tidak mustahil jika dakwah umat Islam mengambil jalan bijaksana, Islam bakal mendapat tempat di hati mereka. Jika kekuatan rohaniah yang diimbangi dengan keunggulan sains dan teknologi yang Islami, ia bakal menjawab keperluan umat manusia pada masa depan.
Jika Islam itu dikaitkan dengan keganasan, adalah sesuatu yang mustahil untuk orang Barat mendatangi Andalusia suatu ketika dahulu dan menterjemahkan kitab-kita besar Islam ke dalam bahasa Latin dan Ibrani.
Jika memang sifatnya Islam itu kekerasan tidak mungkin ilmu Islam yang mendukung peradaban boleh menjadikan Eropah maju dan berperadaban.
Globalisasi tidak sekadar suatu agenda politik-ekonomi-budaya tetapi membawa faham anti agama. Faham liberal dan sekular Barat bertujuan menjadikan umat Islam hidup dan membangun tanpa agama.
Umat Islam harus peka dan sedar daripada tipu daya kebendaan dan hawa nafsu. Remaja Islam tidak harus membiarkan dirinya dibakar oleh gelombang kebudayaan
Barat, tetapi harus dilatih menghargai tradisi bangsa dan agamanya yang positif dan dalam masa yang sama mampu mengolah perubahan dan pembangunan berdasarkan acuan sendiri.
Justeru, ilmu yang bersifat individu dan ilmu sosial harus dikuatkan. Kurikulum, metodologi pengajaran dan pembelajaran harus mengambil pendekatan pembaharuan dalam situasi dan keadaan yang pantas berubah. Integrasi dan Islamisasi ilmu dan pendidikan adalah agenda terbaik yang harus menjadi agenda utama umat.
Di saat ini faktor yang sangat penting harus dibangunkan ialah faktor sumber daya manusia. Perubahan yang mengambil tempat, zaman dan peradaban pun merujuk kepada kualiti sumber daya manusia.
Sekiranya sumber daya manusia memiliki kualiti ilmu yang bersifat individu dan ilmu sosial, pembinaan peradaban baru umat manusia akan berpihak kepada Islam.
Disiplin akal, hati, amal dan ilmu
Pengalaman penjajahan begitu lama, aliran ritual dan spiritual yang tidak jernih membelenggu pemikiran umat dalam pemahaman sempit terhadap perubahan.
Umat Islam berada di suatu persimpangan ritual dan spiritual yang rendah dengan keinginan maju dan berubah yang tinggi, menyebabkan mereka mencari-cari formula terbaik untuk maju. Lantas ada yang menggunakan tradisi liberal dan pluralis Barat yang didukung oleh para orientalis dan menolak etika keilmuan Islam yang mendukung ijtihad.
Oleh itu, remaja Islam perlu kembali kepada disiplin akal, disiplin hati, dan disiplin amal. Disiplin kepada ilmu terutama ilmu-ilmu yang bersifat berbanding daripada sumber lain harus jelas. Disiplin terhadap upaya berfikir yang berdasar disiplin ilmiah Islami haruslah teguh. Daripada situ bakal lahir pemikiran yang maju dan dinamis tetapi tidak bertentangan dengan Islam.
Masalah sosial, ekonomi, dan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi yang kini menerpa sebahagian besar kaum Muslimin antara lain disebabkan lunturnya semangat jihad dalam pembangunan sumber daya manusia.
Sementara itu, kegemilangan peradaban yang pernah diraih kaum Muslimin antara lain dibantu oleh semangat keilmuan yang tinggi dan mendapat dukungan pemerintah atau kerajaan.
Ajaran Islam dinamik
KINI, umat Islam menjadi pengguna produk yang dihasilkan oleh Barat. Ilmu dan pendidikan menjadi dualistik. Tradisi berkarya memberi fokus pada dasar-dasar fiqh dan ibadah ritual yang terbatas.
Umat Islam tidak memanfaatkan ilmu-ilmu Barat sebagai usaha meningkatkan mutu keilmuan, sebaliknya menjadi pengguna setia ilmu dan faham sekular dan liberal.
Lembaga-lembaga pendidikan Islam baik yang formal maupun tidak formal masih berkembang dalam kerangka tradisional. Struktur pendidikan akibat penjajahan masih wujud lagi. Kurikulum yang dibangun tidak artikulatif dan kreatif. Islamisasi ilmu tidak dijadikan fokus utama.
Metodologi pengajaran dan pembelajaran masih dalam orientasi lama. Kesimpulannya, lahir generasi yang hanya mementingkan ritual agama, tidak dinamik menghadapi perubahan, dangkal dalam pemikiran, serta gagal memberikan alternatif yang Islami.
Pembaharuan keilmuan dan pendidikan mutlak diperlukan. Falsafah pendidikan Islam berdasarkan tujuan yang jelas harus diungkapkan. Ilmu ibadah ritual dan ilmu ibadah sosial harus berkembang seiring.
Ini untuk menghindarkan kaum Muslimin daripada berada antara kebekuan dalam tradisi intelektual dan perubahan mekanistik dalam arus globalisasi.
Tradisi pengajaran dan pembelajaran tidak hanya dibatasi dengan metodologi hafalan dan ingatan semata-mata. Ia mestilah disertai dengan Tradisi pemahaman agar kecenderungan berfikir (artikulasi) menjadi landasan keilmuan.
Proses penyerapan ilmu seharusnya berlaku dengan baik. Daripada situ akan lahir kesan penghayatan dalam pengilmuan dan pendidikan.
Pengajaran jihad harus dilihat dalam konteksnya. Jihad penting kerana sifat Islam itu sendiri adalah merintis kemajuan dan perubahan. Ajaran Islam adalah dinamik, bukan beku. Maqasid syariah (tujuan syariah) memberi kita pedoman bahawa yang lebih penting pada masa kini ialah jihad ilmu. Pada zaman Abbasiyyah misalnya, jihad ilmu amat tinggi. Ia telah meninggalkan jejak peradaban yang hebat. Barat serta Timur terhutang ilmu kepada Islam.
Umat Islam terbangun hasil pemahaman ilmu, kekuatan rohaniah dan upaya strategik yang tinggi terhadap realiti.
Lebih 400 tahun umat Islam dijajah memerlukan kekuatan ilmu dan keterampilan untuk mengubah keadaan. Semangat yang membakar akan padam selalunya tetapi ilmu yang hebat bakal mengakar dalam agenda perubahan.
Kesimpulan
Jihad bukan menjadi hebat kerana nafsu amarah. Jihad adalah suatu kekuatan di mana ilmu dan hikmah menjadi dasar perjuangan, strategi mengatur jalan dan kesabaran dalam menyatakan hak.
Asas ini penting supaya remaja Islam dapat mengimbangi antara kekecewaan dan kemarahan yang tinggi terhadap kepincangan dan ketidakadilan yang melanda umat Islam.
Perjuangan ke arah perubahan menuntut upaya strategik yang tinggi memahami masalah yang berbangkit dan mengambil maslahah bijaksana bagaimana matlamat boleh dicapai dengan cara yang terbaik.
(Dipetik dari ruangan FIKRAH REMAJA yang disiarkan dalam sisipan
MEGA - akhbar Utusan Malaysia - Khamis -7 April, 2011)
http://manhassan.blogspot.com/

Isnin, 10 Oktober 2011
RINDUKU KE BAITULLAH...
![]() |
| Insyallah... Jika diizinkanNYA... tahun depan... kita bersua... Coretan lain di Blog aku untuk dilawati |
Langgan:
Catatan (Atom)